awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM mahu pengiktirafan timbal balik sijil vaksin COVID-19 dengan Singapura diterus, dimuktamadkan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
23/03/2021
12:28 MYT
PM mahu pengiktirafan timbal balik sijil vaksin COVID-19 dengan Singapura diterus, dimuktamadkan
Muhyiddin (tengah) menerima kunjungan hormat oleh Dr Vivian Balakrishnan (kanan). Mereka antara lain berbincang mengenai pelbagai aspek hubungan dua hala Malaysia-Singapura termasuk perdagangan, pelaburan dan kesihatan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar kerjasama di peringkat teknikal bagi cadangan pengiktirafan timbal balas terhadap sijil vaksin COVID-19 dapat diteruskan dan dimuktamadkan pada masa hadapan.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebook, turut menzahirkan harapan agar beberapa sekatan berupa penangguhan terhadap pengaturan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara sebelum ini dapat segera ditamatkan.
"Ia merangkumi pengaturan timbal balas perjalanan Reciprocal Green Lane (RGL), pengaturan perjalanan berkala Periodic Commuting Arrangement (PCA), dan pengaturan perjalanan harian Daily Commuting Arrangement (DCA)," katanya sempena menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, mereka turut berbincang mengenai pelbagai aspek hubungan dua hala Malaysia-Singapura melibatkan bidang seperti perdagangan, pelaburan dan kesihatan.
Selain itu, mereka turut mengambil kesempatan membangkitkan mengenai keadaan semasa di Myanmar dan hala tuju ASEAN dalam menangani krisis ini.
BACA: Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara
BACA: Malaysia dan Singapura akrab seperti saya dan Hishammuddin - Dr Vivian Balakrishnan
BACA: Selepas RGL dan PCA, Malaysia dan Singapura bincang mengenai perjalanan ihsan
Terdahulu, Dr Vivian sempena lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari itu juga sempat menyerahkan surat jemputan daripada Perdana Menteri Singapura kepada Muhyiddin untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura kali ke-10.
Turut hadir di pihak Malaysia, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Hishammuddin Hussein
#Department of Civil Aviation Malaysia
#ASEAN
#Singapura
#Perdana Menteri
#kerajaan
#COVID-19
#Kementerian Luar
#rakyat
#vaksin
#Myanmar
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan