JAKARTA:Walaupun lawatan rasmi ke Indonesia tidak sampai 24 jam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkannya sebagai amat berjaya.
Perdana Menteri bersyukur kerana walaupun lawatan singkat, tetapi ia memberi banyak faedah kepada kedua-dua negara.
"Saya rasa sukacita kerana lawatan ini boleh dikatakan amat berjaya," katanya pada sidang media di akhir lawatan itu.
Muhyiddin tiba di ibu negara ini petang semalam, dan lawatan tidak sampai 24 jam itu dibuat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, dengan mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19.
Muhyiddin berkata banyak perkara yang dapat dibincangkan dalam pertemuan empat mata selama sejam dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dan mendapat persetujuan bersama.
BACA: Malaysia komited perkukuh hubungan dengan Indonesia - PM
BACA: Malaysia-Indonesia bincang Laluan Hijau Timbal Balik - PM
"Lawatan cukup berhasil, persefahaman terjalin. 'Body language' (bahasa tubuh) presiden sangat mesra.
"Sampai beliau (Jokowi) kata kalau ada apa-apa boleh 'call' tiap-tiap hari pun tak apa," kata perdana menteri.
Muhyiddin berkata hasil pertemuan secara bersemuka itu mungkin sukar dicapai sekiranya pertemuan dibuat secara maya sahaja.
"Saya boleh rasa kehangatan hubungan dengan presiden semasa berbual, berjalan walaupun tidak berjabat tangan," kata Muhyiddin.
Perbincangan kedua-dua pemimpin itu menyentuh isu dua hala, serantau dan antarabangsa, termasuk isu perdagangan, pelaburan, tenaga kerja, alam sekitar, pandemik COVID-19, nasib pekebun kecil dan nelayan.
Semasa di Istana Merdeka, Muhyiddin turut berjumpa secara berasingan dengan pemimpin Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Ibu Megawati Soekarnoputri, yang merupakan bekas Presiden Indonesia.
Mereka berbincang mengenai kerjasama politik antara parti itu dengan Perikatan Nasional.
Pertemuan itu turut dihadiri Jokowi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan sidang akhbar dengan pengamal media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Indonesia hari ini. - Foto BERNAMA

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

Petugas media di kawasan berisiko akan diberi vaksin - Menteri Kesihatan
Jawatankuasa khas jaminan akses vaksin putuskan dalam fasa kedua, pihak media yang juga merupakan petugas barisan hadapan akan diberikan vaksin.

Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Muhyiddin dijangka menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-23 yang dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman pada Isnin.

Perdana Menteri bakal lakukan lawatan rasmi ke Brunei
Lawatan itu bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 atas jemputan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri tiba di Kuching bagi lawatan rasmi
Ini merupakan lawatan pertama Muhyiddin ke Sarawak sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun lalu.

PM tiba di Sabah untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 6 petang tadi.

Muhyiddin lawat Sabah esok
Lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya - Muhyiddin
Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu juga membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.

Perdana Menteri tiba di Abu Dhabi untuk lawatan rasmi 2 hari
Muhyiddin dijadual bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri dijangka mohon tambah kuota haji dan kebenaran umrah
Permohonan itu dibentangkan susulan peningkatan jumlah populasi Malaysia yang memerlukan peningkatan kuota.

Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.

Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.