Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA), Kuantan.
Beliau juga mahu kementerian itu mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani masalah pendingin hawa di unit berkenaan.
"Saya ambil perhatian akan laporan akhbar The Star hari ini berkenaan keadaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
"Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), sila ambil tindakan segera menyiasat perkara ini dan mempercepatkan kerja pembaikan serta menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu ini secepat mungkin," katanya dalam catatan dalam laman Facebook beliau.
Akhbar berkenaan melaporkan penghawa dingin di ICU hospital itu tidak berfungsi dan tingkap dibiarkan terbuka bagi membolehkan udara masuk selain kipas berdiri digunakan untuk menyejukkan pesakit dan peralatan penting.
Kakitangan di unit itu juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tiada jalan penyelesaian atau segera diambil.
Akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas.
Astro Awani
Fri Jan 08 2016
Akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas. - Gambar fail
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
2.1 peratus daripada 9,751 kes baharu COVID-19 kategori 3, 4, 5
Sebanyak 2.1 peratus atau 206 daripada 9,751 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari ini adalah daripada Kategori Tiga, Empat dan Lima.
KKM akan benarkan suami lengkap vaksin teman isteri bersalin
Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan.
COVID-19: Kes kematian tiga angka, kes baharu 6,658
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara menjadi 772,607.
Malaysia rekod kematian harian tertinggi! Ini tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Ini menjadikan ia jumlah kematian harian tertinggi di Malaysia selepas kali terakhir merekodkan kes tertinggi ialah dengan 39 kematian.
10 kluster baharu dikesan, empat daripadanya di Selangor - Dr Noor Hisham
Sebanyak 10 kluster baharu dikesan dengan lapan daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.
KKM kesan Kluster Bunga, tiada risiko penularan pada komuniti
Kluster Bunga merupakan kluster terpencil dan membabitkan pekerja yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson.
Lima perkara penting kenyataan media mengenai COVID-19 hari ini
Selepas enam hari sifar kematian, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 setakat jam 12 tengah hari Ahad.
COVID-19: KKM peroleh 33 juta stok PPE
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara usaha dilakukan termasuk menyelaras pembekalan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.
Dua orang kenamaan negatif COVID-19 - Dr Noor Hisham
Datuk Dr Noor Hisham berkata hasil ujian makmal yang dilakukan di Hospital Sungai Buloh mendapati kedua-dua individu adalah negatif.
'Biskut berasap': Cecair nitrogen perlu meruap sepenuhnya sebelum dijual - KKM
Pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk mereka perlu memastikan ia meruap sepenuhnya sebelum dijual.