awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib jawab isu FGV esok

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
09/06/2017
10:56 MYT
PM Najib jawab isu FGV esok
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab sebarang isu mengenai kemelut Felda Global Ventures (FGV) dalam satu majlis di kawasan Felda di Johor esok.
Tegas Perdana Menteri, beliau tidak akan memberi sebarang kenyataan dalam isu tersebut hari ini.
"Saya tidak mahu komen berhubung isu itu (hari ini).
"Esok saya akan komen. Saya akan berada dalam rancangan Felda dan akan komen esok," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.
Katanya, pegawai SPRM juga telah menggeledah ibu pejabat FGV pada Khamis dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, Tan Sri Isa Samad menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) kerana tiada sebab untuknya berbuat demikian. Jelasnya, banyak pihak boleh memberikan pandangan, namun tidak semua faham dengan isu yang melanda syarikat itu.
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan