Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan merupakan rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu yang diketengahkan Malaysia.
Itu kesimpulan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang melihat dan menilai keselesaan serta penghargaan Presiden Trump terhadap beliau terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman penyertaannya itu dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, Anifah berkata pada sesi dialog ASEAN-Amerika Syarikat sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu, Trump memuji perdana menteri atas peranan cemerlang yang dimainkan oleh Malaysia sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat.
Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir mengenai persahabatannya dengan perdana menteri yang telah terjalin sebelum beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, katanya.
"Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik saya. Kami telah lama kenal sebelum saya menjadi Presiden ketika saya berada di dalam dunia perniagaan. Dalam kehidupan, anda tidak akan tahu di mana kesudahannya", kata Trump, yang menurut Anifah diungkapkan pada awal sesi dialog itu sambil melihat wajah-wajah pemimpin ASEAN.
Anifah menyifatkan kenyataan Trump bahawa perdana menteri adalah kawan baiknya merupakan satu penghargaan kerana Presiden Amerika Syarikat itu adalah seorang yang "lokek" dengan perkataan yang memuji pemimpin-pemimpin dan negara.
"Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri Najib adalah kawan baik saya," katanya.
Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarkan Trump, dari segi bahasa gerak geri, dia juga ikhlas," katanya.
Anifah yang mengikuti rapat gaya Trump sejak berkempen sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapati beliau seorang yang tidak berselindung dan terus terang dalam kata-katanya seperti slogan kempennya "Make America Great Again".
Menurut Anifah, Trump dengan berpandukan slogan berkenaan dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-Amerika Syarikat itu telah menyatakan komitmen tentang kepentingan ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat serta turut menggalakkan untuk kerjasama yang saling menguntungkan kedua belah pihak.
Presiden Trump, menurut Anifah, telah menyeru kepada amalan perdagangan yang bebas dan adil bagi menyelaraskan jurang imbangan perdagangan antara ASEAN dan Amerika Syarikat.
Anifah berkata Najib mempunyai kualiti yang menyebabkan Trump menghargainya dan mempercayainya.
Anifah berpendapat sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan menyebabkan Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.
Selain itu, katanya, walaupun Malaysia rapat dengan China namun ia tidak berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara.
Menurut Anifah, Trump mendengar dengan tekun apabila Najib membentangkan isu-isu.
"Sekiranya Datuk Seri Najib tidak menarik perhatian Trump berhubung isu-isu nasional, serantau dan antarabangsa, saya tidak fikir Trump akan memberi perhatian kepadanya," katanya.
Beliau berkata ia sudah semestinya di atas penilaian Trump sendiri terhadap Najib bahawa ia adalah berbaloi untuk mempunyai rakan di bahagian rantau ini dan seorang rakan "yang anda boleh percaya".
Anifah berkata persahabatan yang terjalin antara Najib dan Trump sebelum ini antara faktor yang memungkinkan Najib dijemput ke White House selepas beberapa bulan Trump menjadi presiden.
Berkongsi pengalaman penglibatannya dalam mengatur pertemuan Najib dan Trump, Anifah berkata beliau mengemukakan surat cadangan pertemuan dua pemimpin itu untuk membincangkan isu-isu utama kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson pada Mei tahun ini.
"Tak payahlah kita bayar konsultan. Kita tidak pernah mengambil perunding atau membayar sesiapa pun," katanya, sambil menambah beliau dimaklumkan ketika mengemukakan surat berkenaan bahawa pertemuan Najib dan Trump akan menjadi senarai keutamaan.
Pertemuan Najib dan Trump di White House berlangsung pada 12 Sept lepas.
"Mei hingga September ialah empat bulan. Sekiranya Datuk Seri Najib tidak kenal Trump, adakah kemungkinan boleh adakan pertemuan dua hala dalam masa empat bulan," kata Anifah.
Anifah berkata perancangan menjemput Presiden Trump ke Malaysia mungkin akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
ANIFAH memberitahu Trump memilih Malaysia dan mengatakan PM Najib adalah kawan baiknya. - Gambar Twitter Najib Razak.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
PM Najib rakan dipercayai, diberi perhatian Presiden Trump
Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rakan boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan merupakan rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu yang diketengahkan Malaysia.