PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan pendirian Malaysia kepada Jerman bahawa negara ini tidak memperakui Israel dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa terutama golongan wanita dan kanak-kanak.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian tegas Malaysia itu disampaikan Anwar kepada Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock, yang mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Perdana Putra di sini hari ini.
"Isu di Gaza, Perdana Menteri dengan tegas menyatakan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, wanita dan kanak-kanak yang ramai telah terbunuh," katanya kepada media selepas pertemuan itu.
Mohamad berkata Anwar turut menggesa perlunya negara Jerman selaku rakan baik Israel agar memberikan penekanan supaya diadakan segera gencatan senjata dan menghentikan pengeboman serta apa jua keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Selain itu, Mohamad berkata Perdana Menteri menyampaikan hasrat agar pertukaran wacana intelektual antara Malaysia dan Jerman diperbanyakkan memandangkan persepsi berbeza antara Timur dan Barat.
"Ramai pemikir dari Jerman walaupun bukan beragama Islam tetapi mereka banyak mengeluarkan rencana berkenaan dengan Islam," katanya.
Beliau berkata ini boleh dipertingkatkan dengan menangani "pertembungan kejahilan" kerana kurang pemahaman mengenai Islam yang mengakibatkan perasaan syak wasangka yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) ketika menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock (dua, kiri) di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.