KUALA LUMPUR: Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tokoh Belia Negara 2011 dan Tokoh Belia Asean 2011 Mohammad Rizan Hassan berkata tenaga, semangat dan idealisme golongan muda mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan, menyatukan masyarakat dan membina rasa kekitaan bersama dalam sesebuah negara.
"Dengan meminjamkan suara mereka (belia) untuk tujuan yang selaras dengan nilai dan aspirasi negara, belia membantu membentuk naratif sesebuah negara dan mengukuhkan identiti budaya dan sejarahnya.
"Melalui tindakan serta advokasi mereka, warga muda boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbangga dengan negara mereka, mengekalkan tradisinya dan berusaha ke arah visi bersama tentang kemajuan serta kemakmuran," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan pada 2020, jumlah belia di Malaysia dianggarkan merangkumi 44.2 peratus atau kira-kira 14.9 juta daripada jumlah penduduk Malaysia.
Golongan itu diraikan dengan Hari Belia Negara setiap 15 Mei dengan sambutan peringkat kebangsaan tahun ini bakal diadakan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka pada 24 hingga 26 Mei ini dengan perasmian dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Mei.
Tema "Yakin Boleh" dipilih tahun ini bagi meraikan tanggungjawab penyambung legasi itu dalam menyemarakkan perasaan cintakan negara, memupuk penyatuan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid mahu generasi muda lebih proaktif, dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dilihat dapat menyumbang kepada pembinaan jati diri dan penerapan kemahiran insani mereka.
"Mereka harus mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan untuk meluaskan 'horizon' mereka... ini dapat memberikan peluang dan akses kepada pendidikan serta pengalaman yang lebih baik.
"Belia masa kini perlu membina keyakinan dan sentiasa mempersiapkan diri mereka bagi berdepan pelbagai cabaran," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Darah Muda terbitan Bernama TV pada Isnin.
Beliau berkata pemilihan tema itu adalah kesinambungan slogan bagi program Rakan Muda, inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang mula dijalankan sejak 1994.
Antara program dirancang sepanjang sambutan di Melaka nanti termasuk Malam Solidariti Palestin, Larian Yakin Boleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni Budaya negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.
Sambutan ini turut diserikan dengan penganjuran Kembara RIUH @ HBN 2024, diadakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi yang diselaraskan MyCreative Ventures Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia
Kerajaan negeri sedang membentuk Ahli Dewan Undangan Belia bermula Jun ini, bagi mengangkat suara belia dan terlibat sama dalam memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat keraja
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
'Beri ruang anak muda terangkan situasi sebenar negara' - Shahril Hamdan
Kerajaan perlu mendapatkan input daripada semua golongan muda termasuk mereka yang tidak terlibat dalam politik bagi setiap perangkaan dasar yang bakal dilaksanakan.
Penting untuk dengar suara belia - Tok Pa
Sidang Kemuncak Belia Kuala Lumpur (Youth Summit KL) perlu digunakan sebagai medan untuk mendengar suara dan pandangan golongan belia.
TMJ mahu belia sampaikan 'suara' kepada pemimpin negara
Tunku Ismail bertitah peranan anak muda amat penting dalam menyampaikan pandangan demi memastikan kelangsungan perpaduan dan kemajuan ekonomi negara ini.