awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM saran KKR teruskan penggunaan teknologi terkini, jimat kos

Bernama
Bernama
20/03/2025
16:15 MYT
PM saran KKR teruskan penggunaan teknologi terkini, jimat kos
Perdana Menteri berkata KKR juga mesti berusaha menghasilkan infrastruktur yang berkualiti dan berfungsi sepertimana yang dimatlamatkan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan penggunaan teknologi terkini yang sesuai dan menjimatkan kos bagi perancangan, penyediaan serta pembinaan untuk memastikan setiap projek dapat dilaksana dengan lebih cekap dan segera.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata kementerian itu juga mesti berusaha menghasilkan infrastruktur yang berkualiti dan berfungsi sepertimana yang dimatlamatkan.
"KKR juga perlu merencanakan kaedah dan proses yang baharu dengan melaksanakan idea, strategi, perubahan dan reformasi yang cepat selari dengan arus teknologi dan arus pembangunan negara masa kini dengan sumber yang terhad," katanya.
Perkara itu antara yang dibangkitkan beliau dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR di Kompleks Kerja Raya hari ini sempena Program Ihya Ramadan bagi mendengar perkembangan terkini gerak kerja kementerian berkenaan dan mengenal pasti permasalahan berbangkit.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar juga berkata KKR dan agensi di bawah seliaannya merupakan organisasi yang sangat kritikal kerana ia adalah pelaksana utama bagi projek berskala besar serta sederhana merentasi semua kementerian di bawah Rancangan Malaysia selain projek kecil merentasi negeri dan daerah bagi memenuhi keperluan serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#Kementerian Kerja Raya
#teknologi terkini
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan