awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM syukur pengebumian jenazah Haron Din lancar

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2016
09:04 MYT
PM syukur pengebumian jenazah Haron Din lancar
Jenazah Allahyarham disemadikan pada jam 5.57 petang Jumaat waktu tempatan selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi Haron di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco. -Bernama
Jenazah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat.
Jenazah Allahyarham disemadikan pada jam 5.57 petang Jumaat waktu tempatan selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi Haron di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.
Sementara itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berjalan lancar.
Perdana menteri dalam catatan terbaharu di akaun Facebook dan Twitternya turut meminta orang ramai untuk terus berdoa kepada Allahyarham.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 10.10 pagi Jumaat waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Sementara itu, solat jenazah ghaib diadakan di beberapa tempat antaranya di Madrasah Addiniah al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, Arau, Perlis dan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Hamdi Haron
#Haron Din
#Masjid An Noor Santa Clara
#Mursyidul Am Pas
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan