awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM terima surat komitmen pelaburan AS$360 juta dari Agrico Qatar

Fareez Azman
Fareez Azman
28/03/2022
11:35 MYT
PM terima surat komitmen pelaburan AS$360 juta dari Agrico Qatar
Surat komitmen itu disampaikan pengerusi syarikat tersebut Ahmad Hussain Al-Khalaf dalam lawatan Perdana Menteri di ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al-Khor pada Isnin. - Foto BERNAMA
DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima surat komitmen pelaburan berjumlah AS$360 juta dari syarikat Agrico Qatar.
Surat komitmen itu disampaikan pengerusi syarikat tersebut Ahmad Hussain Al-Khalaf dalam lawatan Perdana Menteri di ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al-Khor pada Isnin.
Turut hadir menyaksikan penyerahan surat komitmen pelaburan itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.
Terdahulu, dalam rangka lawatan rasminya di Qatar, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia turut mengadakan lawatan di Ladang Baladna milik Baladna Food Industries.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Pengerusi Kumpulan Baladna Food Industries, Moutaz Al-Khayyat dan Pengarah Urusannya, Ramez Al-Khayyat.
Beliau turut diberi taklimat mengenai syarikat terbabit sebelum mengadakan lawatan di pusat pengeluaran susu lembu berkualiti Baladna.
Hadir sama dalam lawatan itu, Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Qatar, Sheikh Dr Faleh Nasser Ahmad Al-Thani.
Esok, Perdana Menteri dijadualkan melakukan hormat ke atas Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan.
Lawatan rasmi Perdana Menteri selama tiga hari itu bagi memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang terjalin sejak sekian lama merupakan antara agenda utama dan kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik selain bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#lawatan rasmi
#Qatar
#pelaburan
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan