awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
Rusia sedia pulihkan hubungan dengan semua negara Eropah - Putin
Angka kematian runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina meningkat kepada 25 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia

Bernama
Bernama
12/10/2023
02:30 MYT
PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia
Srettha ketika mengadakan sidang media bersama Anwar di Perdana Putra, Putrajaya, 11 Okt 2023. --fotoBERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berlepas ke Singapura selepas menamatkan lawatan kerja dua hari ke Malaysia hari ini.
Srettha melintasi barisan kawalan kehormat statik oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 9 pagi sebelum menaiki pesawat khas.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Srettha tiba di negara ini semalam untuk lawatan sulung selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 Sept lepas.
Semasa di Malaysia, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Thailand
#Srettha Thavisin
#Hubungan dua hala
#lawatan kerja ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan