awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand ucap terima kasih kepada Anwar atas tawaran bantu selesai pertikaian sempadan

Bernama
Bernama
06/06/2025
22:20 MYT
PM Thailand ucap terima kasih kepada Anwar atas tawaran bantu selesai pertikaian sempadan
Paetongtarn berkata Anwar telah menyatakan kesediaan untuk membantu kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian itu. - Foto fail/BERNAMA
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau telah membincangkan situasi sempadan Thailand-Kemboja bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perbualan telefon pada Jumaat.
Beliau berkata Anwar telah menyatakan kesediaan untuk membantu kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian itu.
"Terima kasih PM Anwar Ibrahim atas panggilan telefon petang ini bagi membincangkan situasi sempadan Thailand-Kemboja dan menyatakan kesediaan untuk membantu kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini.
"Saya menegaskan komitmen Thailand untuk penyelesaian secara aman melalui mekanisme dua hala sedia ada, sambil mempertahankan kedaulatan kami selaras dengan undang-undang antarabangsa," kata beliau menerusi akaun rasmi X pada Jumaat.
Malaysia selaku pengerusi ASEAN ketika ini difahamkan sedang memantau rapat perkembangan isu sempadan berkenaan.
Terdahulu pada Jumaat, Paetongtarn selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara mengumumkan Thailand telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kebimbangan keselamatan di sepanjang sempadannya dengan Kemboja.
Beliau berkata pihak tentera telah diarahkan untuk menyelaras operasi dan mengekalkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan, dengan mengutamakan perlindungan terhadap kedaulatan negara serta memelihara hubungan antarabangsa demi menjamin keselamatan negara.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Phumtham Wechayachai, Menteri Luar Maris Sangiampongsa, Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Songwit Noonpackdee, Ketua Majlis Keselamatan Negara Chatchai Bangchuad serta ketua komander tentera.
Pada 28 Mei, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam insiden pertempuran singkat di wilayah timur laut Thailand, Ubon Ratchathani dan wilayah Preah Vihear di utara Kemboja yang menyebabkan seorang anggota tentera Kemboja dilaporkan terbunuh.
Susulan itu, Kemboja mengumumkan hasrat untuk membawa pertikaian sempadan berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Sementara itu, kedua-dua negara telah bersetuju untuk membincangkan isu berkenaan menerusi Suruhanjaya Bersama Kemboja-Thailand mengenai Persempadanan Tanah (JBC) yang dijadual bersidang di Phnom Penh pada 14 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paetongtarn Shinawatra
#Anwar Ibrahim
#pertikaian sempadan
#Thailand-Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami