awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja

Bernama
Bernama
29/09/2024
02:45 MYT
PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar tiba di Lapangan Terbang Sibu dengan pesawat khas pada 9.03 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Bahagian Kapit. -- fotoBERNAMA
SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sibu di sini dengan pesawat khas pada 9.03 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Bahagian Kapit.
Antara yang menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sibu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.
Di Kapit Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit, diikuti dengan penyempurnaan majlis pecah tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit.
Selepas itu Perdana Menteri akan mendengar taklimat mengenai projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Batang Rajang di Nanga Yong, Kapit, sebelum menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Daerah Kapit dan Song di Rumah Robert, Nanga Sebatu, Kapit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sibu
#Anwar Ibrahim
#lawatan kerja
#Kapit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan