KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada skuad terjun kebangsaan yang setakat semalam telah berjaya meraih empat pingat emas dan masing-masing satu pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.
Menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, pencapaian itu adalah satu yang membanggakan dan permulaan yang baik bagi atlet negara pada Sukan SEA Vietnam.
"Tahniah kepada penerjun Nur Dhabitah Sabri yang menghadiahkan emas pertama Malaysia, disusuli Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei, Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying. Pingat perak disumbangkan oleh Kimberly Bong dan gangsa oleh Bertrand Rhodict.
"Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan semangat juang mereka yang padu bagi mengharumkan nama negara," katanya.
Ismail Sabri berharap semua atlet yang menyertai temasya sukan itu meneruskan perjuangan dan kuat semangat serta mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.
"Saya yakin dengan permulaan baik ini, kita mampu mencapai sasaran 36 pingat emas," katanya.
Nur Dhabitah menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal wanita sebelum gandingan Yi Wei-Tze Liang menggandakan kegembiraan menerusi pingat emas acara 3m papan anjal seirama lelaki, pada Ahad.
Kimberly pula mencipta kejutan merangkul perak untuk mengiringi Nur Dhabitah di podium.
Dua lagi pingat emas negara masing-masing disumbangkan menerusi Tze Liang dalam acara 1m papan anjal lelaki dan gandingan Yan Yee-Ker Ying (3m papan anjal seirama wanita), semalam.
Bertrand pula menyumbang pingat gangsa dalam acara 1m papan anjal lelaki. - BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Ismail Sabri Yaakob ucap tahniah kepada skuad terjun kebangsaan yang setakat semalam telah berjaya meraih empat pingat emas dan masing-masing satu pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.
Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.
Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.
Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.
Para SUKMA 2024: Kontinjen Perak sasar 28 pingat emas
Kontinjen Perak menyasarkan 28 pingat emas dengan kedudukan tiga teratas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini.
Kontinjen Pahang sasar 10 pingat emas di Para SUKMA 2024
Kontinjen Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 Pahang menyasarkan untuk mengutip 10 pingat emas pada temasya yang bakal berlangsung di Sarawak bermula Ahad ini sehingga 28 Sept.
Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Ma Hussein tebus kecewa pada penampilan terakhir di Para SUKMA 2024
Jaguh powerlifting Kelantan Ma Hussein Mat Noh mahu menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan memburu pingat di Para SUKMA 2024.
Para SUKMA Sarawak 2024: Selangor sasar 29 pingat emas, tempat ketiga keseluruhan
Kontinjen Selangor menyasarkan 29 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 22 hingga 28 Sept ini.