KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Perdana Menteri berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat.
"Bermula dengan ketidakstabilan dan simpang-siur politik yang berpanjangan, penularan serta hentakan pandemik COVID-19 dan kelesuan ekonomi silih berganti telah meletakkan negara dalam ketidaktentuan dan kegawatan.
"Namun Tuanku telah menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sempurna melalui sifat-sifat yang merakyat serta istiqamah menyelami denyut nadi rakyat jelata dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus diutamakan dalam apa jua keadaan," katanya.
Anwar berkata demikian dalam Sembah Ucapan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di sini malam ini.
Anwar berkata tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah juga mencatatkan satu lembaran sejarah baharu dengan negara dan jentera pentadbiran kerajaan diuji seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali sehingga memerlukan pengemudian cekap selain pengorbanan semua pihak melangkaui amalan biasa.
Beliau berkata kewujudan konsep Raja Berperlembagaan dan peranannya dalam sistem demokrasi bercorak Westminster ternyata melonjak peri pentingnya terutama dalam merungkai mehnah dan kemelut politik yang berpanjangan di masa lalu.
"Ini dapat kita saksikan kebijaksanaan Tuanku dalam kemelut pertukaran Mamanda Perdana Menteri sebanyak tiga kali sehingga pilihan raya baharu diadakan pada penghujung November 2022 yang akhirnya menunjukkan bahawa tidak ada satu parti politik pun yang memperoleh majoriti yang cukup untuk mendirikan kerajaan.
"Tuanku, seperti yang terpamer pada ketika itu, akhirnya menitahkan agar sebuah kerajaan yang stabil dan kuat ditubuhkan yang merangkumi semua kaum, semua negeri dan wilayah di negara ini sebagai jalan memecah kebuntuan politik.
"As they say, the rest is history dan detik ini menandakan betapa sistem Raja Berperlembagaan telah menjadi keutamaan yang tepat dalam menjawab kemelut politik," katanya.
Anwar turut menzahirkan penghargaan atas cetusan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang telah berjaya mempertaut permuafakatan dan memungkinkan kestabilan serta kedudukan politik negara.
"Berbekalkan kepercayaan ini dan keprihatinan terhadap rakyat tambah memperkuat iltizam patik bersama Jemaah Menteri dalam memastikan negara ditadbir dengan baik demi mengangkat darjat negara serta tahap kesejahteraan rakyat.
"Insya-Allah, kerajaan bertekad untuk terus berusaha dan berbakti dengan sepenuh jiwa raga demi rakyat dan negara tercinta," kata Perdana Menteri.
Selain itu, beliau berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap keadaan ekonomi negara menyuntik semangat memperkasa komitmen kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif, kukuh serta mampan.
"Hasilnya, Malaysia telah mencapai kedudukan ke-29 dalam aspek Kecekapan Kerajaan seperti yang terpamer dalam Daya Saing Dunia 2023," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Anwar berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat. - Gambar Bernama
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Peruntukan RM60 juta baiki jalan diluluskan hasil turun padang - MB Johor
Aktiviti turun padang sangat penting untuk memastikan realiti permasalahan sama seperti yang dilaporkan, selain untuk merasai denyut nadi rakyat.