MALAYSIA
PMKS boleh manfaat subsidi LPG - Fuziah

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi bagi produk gas petroleum cecair (LPG), sekali gus membolehkan semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus menikmati manfaat subsidi tersebut.
Ringkasan AI
- Kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi LPG, membolehkan PMKS terus menikmati manfaat subsidi, khususnya dalam sektor makanan dan minuman.
- Sebanyak 489 kes penyelewengan subsidi LPG dikesan sejak 2024, melibatkan rampasan bernilai RM3.1 juta.
- KPDN melancarkan Operasi Gas Memasak (Op Gasak) bagi membanteras penyalahgunaan subsidi LPG oleh sektor komersial dan industri besar, termasuk aktiviti haram seperti decanting.
Beliau menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang ingin mengetahui langkah kerajaan membanteras ketirisan subsidi LPG selain usaha mengurangkan beban kos PMKS seperti warung dan gerai makan, dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi LPG kepada sektor komersial.
Sementara itu, Fuziah berkata sebanyak 489 kes melibatkan aktiviti penyelewengan subsidi LPG dikesan, membabitkan nilai rampasan berjumlah RM3.1 juta sejak 2024 hingga 18 Ogos lepas.
Bagi membanteras kegiatan penyelewengan itu, katanya, kementerian itu telah melancarkan "Operasi Gas Memasak" atau Op Gasak bermula 1 Mei hingga 31 Okt ini, dengan sasaran menangani penyalahgunaan subsidi LPG oleh sektor tidak layak dalam industri komersial dan perniagaan berskala besar.
"Antara bentuk penyelewengan yang disasarkan ialah menangani kegiatan 'decanting', iaitu pemindahan LPG secara haram daripada tong bersubsidi ke tong industri ataupun tong komersial.
"KPDN turut akan memanfaatkan penggunaan teknologi digital bagi memperkasa pemantauan serta penguatkuasaan berkaitan pengedaran, penyimpanan dan penggunaan LPG bersubsidi di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami