KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini melancarkan bahan terbitan elektronik baharu, e-katalog 'Beranotasi Datuk Seri Anwar Ibrahim' iaitu kompilasi 32 buku koleksi bahan, hasil karya Perdana Menteri atau yang berkaitan dengan pemimpin itu.
Ketua Pengarah PNM Salasiah Abdul Wahab berkata e-katalog berkenaan merupakan antara usaha PNM memastikan gagasan dan aspirasi Malaysia MADANI dapat menjadi khazanah warisan intelek negara untuk rujukan generasi kini dan akan datang.
"Antara judul yang terdapat di dalam e-penerbitan ini ialah 'Keuntungan Dengan Tanggungjawab Sosial (Siri Ucapan Dasar)' yang diterbitkan oleh Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa pada 1993.
"Naskhah ini merupakan teks ucapan yang disampaikan oleh Anwar selaku Menteri Kewangan (ketika itu) bersempena dengan seminar Ke Arah Negara Maju: Ketangkasan Ekonomi dan Tanggungjawab Sosial," katanya pada pelancaran e-katalog itu sempena Program Hari Malaysia 2023 Peringkat PNM di sini hari ini.
Turut dilancarkan, e-buku 'Erti Kemerdekaan Bagi Rakyat Malaysia' iaitu pengumpulan slogan kemerdekaan yang terhasil daripada Kuiz Kemerdekaan Dalam Talian anjuran PNM yang bermula pada 1 hingga 31 Ogos.
Salasiah berkata kuiz itu menerima 28,031 penyertaan daripada seluruh negara dan kesemua slogan berkenaan boleh dibaca di dalam e-buku tersebut.
Beliau berkata penerbitan kedua-dua bahan secara elektronik itu amat bermakna, signifikan dan tepat pada masanya selari dengan usaha kerajaan dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Salasiah berkata e-katalog berkenaan merupakan antara usaha PNM memastikan gagasan dan aspirasi Malaysia MADANI dapat menjadi khazanah warisan intelek negara untuk rujukan generasi kini dan akan datang. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Tidak cukup belajar di sekolah?
Benarkah kanak-kanak Malaysia tak cukup belajar sedangkan jadual pembelajaran yang panjang di sekolah ketika guru turut terbabit dalam banyak program babitkan pelajar?
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ekonomi Asia Pasifik dijangka alami pemulihan bertahap - IMF
Walaupun ekonomi rantau Asia Pasifik berkembang 5 peratus tahun lepas, pertumbuhan dijangka perlahan kepada 4.5 peratus tahun ini dan 4.3 peratus pada 2025.
Tinjauan EY: Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan
: Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Nestle Malaysia: Saham meningkat kepada paras tertinggi lapan bulan
Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Sime Darby Plantation cadang tukar nama kepada SD Guthrie
Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) mengumumkan hasrat untuk menukar nama jenamanya kepada SD Guthrie Bhd.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion
BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing termasuk aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah US$13.24 bilion.
[TERKINI] Lima cedera dalam serangan bersenjata di London
Lima individu cedera dalam satu insiden serangan bersenjata di London pada pagi Selasa.
Pihak berkuasa memberitahu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan serangan menggunakan pedang itu.
Pihak berkuasa memberitahu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan serangan menggunakan pedang itu.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Satu serangan bersenjatakan pedang dilapor berlaku berdekatan stesen keretapi bawah tanah di Hainault, timur laut London, menyebabkan sekurang-kurangnya lima cedera akibat ditikam.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
PNM lancar e-katalog kompilasi 32 karya berkaitan PM Anwar
PNM hari ini melancarkan bahan terbitan elektronik baharu, e-katalog 'Beranotasi Datuk Seri Anwar Ibrahim'.
Mak Yong muncul semula di Kelantan selepas 28 tahun
Mak Yong diharamkan oleh kerajaan negeri Kelantan kerana didakwa mempunyai unsur khurafat dan pemujaan.