TAIPING: Sebatang pokok hujan-hujan berusia 136 tahun yang menjadi ikon bandar warisan di Taman Tasik Taiping di sini disahkan reput dan mati pada Khamis.
Majlis Perbandaran Taiping menerusi Facebooknya memaklumkan, pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya, samanea saman yang ditanam berhampiran jeti itu tumbang pada 20 Januari 2018 disebabkan kegagalan sistem akarnya.
"Akar utama yang berada kira-kira 1.5 meter dari kolar akar telah reput dengan anggaran rongga berdiameter sekitar 8 inci.
"Pokok ini telah sekian lama ditegang kuatkan oleh akar besar yang tumbuh ke arah parkir. Manakala sebahagian besar dari dahan-dahan utama serta batangnya pula tumbuh condong menghala ke arah jalan dan tasik," katanya.
Menurutnya, laporan pemeriksaan dan penilaian pokok warisan di Taman Tasik Taiping oleh Arboris bertauliah pada 2019 menjangkakan kekuatan dahan pokok yang masih hidup akan merosot.
"Dijangkakan kekuatan dahan yang masih hidup akan merosot dan mati beberapa bulan atau setahun lagi dan perlu dipantau segera.
"Tindakan memasang 'proping' dan merawat pokok juga dibuat seperti dicadangkan pihak Arboris," katanya.
Katanya, tindakan penanaman semula pokok hujan-hujan sebagai langkah penggantian pokok yang mati juga telah dilakukan sejak dua tahun lalu.
"Sebanyak tiga batang pokok telah ditanam di kawasan berhampiran lokasi asal pokok tumbang atau mati. Pokok yang mati ini akan dijadikan objek kayu ‘sculpture tree’ di Taman Tasik Taiping.
"Manakala, 'proping' sedia ada akan diguna semula pada pokok yang memerlukan seperti berhampiran kawasan tandas awam (tempat meletak kereta D)," katanya.
Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 dan Taman Tasik Taiping diiktiraf sebagai tapak warisan negara.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 01 2021
Pokok hujan-hujan berusia 136 tahun yang menjadi ikon Taman Tasik Taiping mati. - Foto Facebook/Majlis Perbandaran Taiping.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping
Baginda berdua melihat sendiri keadaan paras air di taman tasik itu yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering sejak lebih dua bulan.
Sudut Lions di Taman Tasik Taiping beri peluang pengunjung berehat nikmati hutan hujan
Dikenali dengan kanopi pokok hujan-hujan berusia lebih 100 tahun, lokasi itu sedikit sebanyak mampu menampung kehadiran pengunjung.
Pokok berusia 135 tahun di Taman Tasik Taiping yang tumbang ditegakkan semula
Pokok tersebut akan berada dalam pemantauan dan selenggaraan untuk tempoh 12 bulan sehingga pulih.
Pokok hujan-hujan usia 136 tahun di Taman Tasik Taiping mati
Pokok hujan-hujan yang ditanam berhampiran jeti itu tumbang pada 20 Januari 2018 disebabkan kegagalan sistem akarnya.
Tiga anak burung hudhud Taman Tasik Taiping tinggalkan sarang
Anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi Isnin.
Perhilitan buru beruk liar cederakan wanita di Taman Tasik Taiping
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping.