MELAKA: Sebatang pokok yang menjadi ikon pelancongan Melaka yang terletak di hadapan Bangunan Stadhuys atau 'Bangunan Merah', rebah dalam kejadian angin kencang awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, difahamkan pokok berkenaan adalah dari jenis Batai Laut yang dipercayai berusia kira-kira 120 tahun dan ditanam sejak zaman penjajahan British pada tahun 1824 lalu.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman berkata, faktor persekitaran mungkin menjadi punca pokok berkenaan tumbang dan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang melakukan pembersihan di kawasan terbabit yang juga merupakan Bandar Warisan Dunia UNESCO.
“Pokok itu merupakan pokok warisan yang memang diwartakan di bawah MBMB supaya tidak ditebang dan hanya dipelihara dari segi landskap. Kebanyakan pokok jenis itu ditanam oleh kerajaan British pada zaman penjajahannya sebagai penanda kawasan.
“Penjajahan British adalah pada tahun 1824 dan bukti yang kita ada adalah berdasarkan sekeping gambar pada tahun 1910, pokok itu telah berada di situ dengan ketinggian 12 kaki dan kita percaya ia telah mula ditanam sekitar lewat tahun 1890,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu, MBMB dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dan dijangka siap petang ini selain pasukan polis turut membantu bagi tujuan keselamatan awam dan kawalan lalu lintas.
“Berikutan cuaca hujan lebat diikuti kelajuan angin 6 kilometer sejam (km/j) malam tadi, sebatang pokok Batai Laut atau nama saintifiknya ‘Peltophorum Pterocarpum’ yang berusia lebih 100 tahun berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter itu telah tumbang pagi tadi (Rabu).
“Buat masa ini proses pembersihan sedang dijalankan serta kerja-kerja penanaman semula dari pokok jenis yang sama juga akan dibuat bagi menggantikan pokok yang telah tumbang ini,” menurut kenyataan itu.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Mar 17 2021
Pokok yang rebah itu merupakan pokok warisan yang memang diwartakan di bawah MBMB supaya tidak ditebang dan hanya dipelihara dari segi landskap. - Foto MBMB
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa
Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.
'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar
Proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa.