Memang cantik namun mengundang kebimbangan!
Ini sentimen pengguna jalan raya di sini tentang kewujudan deretan pokok-pokok besar di sekitar bandar raya ini, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seumpama pokok tumbang, dahan patah terutamanya dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Beberapa jalan utama termasuk Jalan Masjid Negeri, Jalan Terengganu, Jalan Residensi , Jalan Macalister dan beberapa jalan utama lain adalah antara laluan yang dihiasi deretan pokok-pokok besar dimana ada antaranya berusia sehingga ratusan tahun.
Menurut penduduk sekitar, beberapa kejadian pokok tumbang telah berlaku di laluan berkenaan sebelum ini ketika hujan lebat dan angin kencang sekali gus menimbulkan keresahan pengguna jalanraya yang melalui laluan tersebut.
“Kami sebagai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Masjid Negeri, Jalan Utama, Jalan Residensi menjadi keresahan kepada kami sebagai pengguna jalan raya apabila kebelakangan ini keadaan cuaca tidak menentu,” kata peniaga Jimbran Khalil.
Menurut Jimbran, kebanyakan pokok-pokok telah tumbang ke tepi dan ke tengah jalan.
“Ini mengundang bahaya kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya, jadi kita meminta pihak berwajib memantau situasi berkenaan,” tambahnya.
Pesara Jamal Mydin Trapshar pula mendakwa pokok-pokok di kawasan berkenaan ada yang menjangkau usia ratusan tahun.
“Pokok-pokok 'heritage' (warisan) ini banyak tapi perlu dipantau dan juga kena ‘trim’ kerana musim ribut kebelakangan ini, kadang-kadang bumbung pun terbang, elok juga pihak berkuasa, ‘trim’ pokok-pokok yang akan jatuh kerana membahayakan pengguna jalan raya,” kata Jamal.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, satu pangkalan data dikenali ‘Penang Tree Information System (PeTIS)’ telah diwujudkan dalam usaha pemuliharaan pokok-pokok di negeri itu.
“Apa yang penting ialah penyelenggaraan, kami telah mengambil inisiatif untuk menyimpan dan membentuk data bagi semua pokok-pokok dalam kawasan kami, untuk dimasukkan dalam system ‘Petis’ (Penang Tree Information System),” kata Yew.
“Yang penting kita akan menyimpan data-data pokok-pokok berikut, dan bila kita nak lakukan penyelenggaraan kita ada Jabatan Lanskap yang melihat dan menyelenggara.”
“Walau bagaimanapun kita juga bersedia dalam situasi perubahan iklim dan back-up team untuk tangani masalah ranting atau pokok jatuh,” katanya.
Pangkalan data berkenaan, tambahnya akan memudahkan pihak majlis merancang, mengesan dan menyelenggara serta mengurus pokok-pokok yang telah diwartakan.
Ogos lalu, kerajaan negeri telah merekodkan beberapa kejadian pokok tumbang di beberapa jalan utam di sekitar bandar raya ini.
Pada bulan September dan November tahun lalu, puluhan insiden pokok tumbang sehingga merosakkan kenderaan penduduk turut direkodkan.
Astro Awani
Fri Oct 05 2018
Menurut penduduk sekitar, beberapa kejadian pokok tumbang telah berlaku di laluan berkenaan sebelum ini ketika hujan lebat dan angin kencang sekali gus menimbulkan keresahan pengguna jalanraya yang melalui laluan tersebut. - Sumber foto Google Map
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Demi Tasik Chini! Masyarakat Orang Asli sambut gembira titah istana
Titah itu memberi peluang kepada semua pihak untuk memperbaiki segala kerosakan alam yang dilakukan disebabkan aktiviti perlombongan.
Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang
Legenda menceritakan puteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras jelita menjaga Gunung Ledang dan dipercayai masih mendiami gunung itu hingga kini.
'Pokok rimbun' buat penduduk resah?
Ini sentimen pengguna jalan raya di sini tentang kewujudan deretan pokok-pokok besar di sekitar bandar raya ini, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seumpama pokok tumbang dan dahan patah.
'Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara
Festival Royal Floria Putrajaya yang akan diadakan Mei tahun ini akan meluaskan lagi pasaran hortikultur negara ke mata dunia.
Carta 10 wangian berunsurkan bunga paling digemari di Malaysia
Rata-rata wanita gemarkan wangian yang berunsur kan flora (Bunga-Bungaan).