awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang: Polis kenal pasti identiti dua beranak pelancong China maut

Bernama
Bernama
19/09/2024
12:01 MYT
Pokok tumbang: Polis kenal pasti identiti dua beranak pelancong China maut
Polis mengenal pasti mangsa pokok tumbang di pekarangan Penang Peranakan Mansion, Lebuh Gereja semalam sebagai Liu Zhu, 69, dan dan anak perempuannya Liu Xinxin, 36.
GEORGE TOWN: Identiti dua pelancong warga China yang menjadi mangsa pokok tumbang di pekarangan Penang Peranakan Mansion, Lebuh Gereja di sini semalam telah dikenal pasti.

Ringkasan AI
  • Identiti dua pelancong warga China yang maut akibat pokok tumbang di Penang Peranakan Mansion telah dikenal pasti sebagai Liu Zhu, 69, dan anak perempuannya Liu Xinxin, 36.
  • Bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa maut kerana sesak nafas traumatik akibat terperangkap dalam kenderaan.
  • Keluarga mangsa akan datang untuk menuntut mayat dan membawanya pulang ke China.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki dan anak perempuannya itu dikenali sebagai Liu Zhu, 69, dan Liu Xinxin, 36, yang sepatutnya mendaftar keluar dari hotel di Tanjung Bungah di sini.
"Mereka tiba di Pulau Pinang dengan penerbangan terus dari China pada 14 Sept lepas untuk melancong di negara ini dan difahamkan mereka akan mendaftar keluar dari hotel hari ini bagi meneruskan percutian di Malaysia.
"Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati kedua-dua mangsa maut kerana sesak nafas traumatik pada seseorang yang terperangkap dalam kenderaan akibat pokok tumbang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga telah memaklumkan kejadian itu kepada kedutaan China dan keluarga mangsa.
Razlam berkata keluarga mangsa memaklumkan akan datang untuk menuntut mayat dua beranak itu secepat mungkin dan dibawa balik ke China.
"Sekarang ini mayat kedua-dua mangsa ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP sehingga keluarga mereka datang tuntut," katanya.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dan anak perempuannya maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang bersama bongkah konkrit runtuhan bangunan.
Pegawai Zon Daerah Timur Laut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Syafiq Nor Azman dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.19 petang dan difahamkan ketika kejadian, mangsa baru sahaja masuk ke dalam kereta yang diletakkan di pekarangan Penang Peranakan Mansion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelancong China
#mangsa pokok tumbang
#pekarangan Penang Peranakan Mansion
#Liu Zhu
#Liu Xinxin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan