KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan siasatan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal masih diteruskan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Jumaat bagi mengulas penyebaran video dan mesej lucah menerusi media sosial yang didakwa merupakan bukti kes tersebut.
Menurutnya, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti individu dan mangsa yang menyebarkan bukti itu bagi membantu siasatan.
“Kes baharu itu masih dalam siasatan. Individu yang menyebarkan semua maklumat itu akan dipanggil.
“Tetapi, saya tidak mahu sahkan sama ada perkara itu melibatkan seorang pendakwah atau mangsa yang sama sebelum ini,” katanya pada sidang media berkenaan.
Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, penyebaran bukti sebegitu dalam media sosial telah menyebabkan siasatan asal sedikit terganggu.
“Patuhilah undang-undang sedia ada kerana kita tidak mahu dengan kenyataan disebarkan akan mengganggu siasatan polis yang telah dijalankan dengan terperinci.
“Kita mohon kepada semua pihak, walaupun mempunyai maklumat yang boleh membantu, tidak perlu disebarkan melalui media sosial.
“Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan seterusnya merujuk ke pejabat Peguam Negara,” jelasnya.
Astro Awani
Fri Sep 24 2021
Polis mengesahkan siasatan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal masih diteruskan.
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Pendakwah jangan ulas isu ikut sentimen politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pendakwah supaya tidak terburu-buru dan mengikut sentimen politik dalam mengupas sesuatu perkara atau isu.
Ditegur pendakwah, Fizz Fairuz nafi filem 'Mat Tudung Begins' cerita tentang pondan
Fizz menjelaskan babak dalam filemnya yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan.
PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program memperingati Rasulullah SAW seperti Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang diadakan di Selangor diteruskan ke seluruh pelosok negara.
936 gambar tangkap layar sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit - Saksi
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.
Berketurunan Maghribi, siapa Essam Muhammad, suami Mizz Nina?
Nina memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Essam pada suku kedua 2023 dan merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan di Malaysia.
Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis
Sebagai umat Islam kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam sesama umat manusia, titah baginda.
250 pendakwah terpilih sertai Du'at Al-Falah
Seramai 250 pendakwah terpilih menyertai Du'at Al-Falah iaitu sebuah gabungan pendakwah yang berperanan membimbing kefahaman masyarakat tentang teras pembinaan Malaysia MADANI.
Malaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia - PM Anwar
Sepatutnya kita menjadi pendakwah, bukan penghukum, kata Anwar.