awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan siasat isu kebocoran UPSR sehingga ke lubang cacing - Zahid

Bernama
Bernama
23/09/2014
02:09 MYT
Polis akan siasat isu kebocoran UPSR sehingga ke lubang cacing - Zahid
Polis akan siasat isu kebocoran UPSR sehingga ke lubang cacing - Zahid
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan polis akan menyiasat isu kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke 'lubang cacing' dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu kebocoran UPSR itu adalah membabitkan soal integriti dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam soal berkenaan.
"Saya bagi tahu kita tidak akan lindung mana-mana pegawai kanan atau guru besar atau guru atau mana-mana lagi yang terlibat dalam isu kebocoran kertas UPSR ini.
"Kita tidak boleh berkompromi kerana ini soal integriti dan polis akan siasat sampai ke 'lubang cacing' untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab," katanya selepas menghadiri kenduri kampung bersama masyarakat di Kampung Kajang Sebidang di sini, malam tadi.
Sebelum ini soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatal dan ditangguhkan kerana berlaku kebocoran itu.
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Dua hari lepas polis menerima laporan mengenai kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran.
Mengulas perkara itu lagi Ahmad Zahid menyifatkan mereka yang terbabit dalam isu kebocoran itu sebagai `gunting dalam lipatan' dan `harapkan pagar, pagar makan padi' yang tidak boleh dimaafkan.
"Ini kes jenayah kerana ini adalah pecah amanah dan polis akan lihat jika ada aspek kesalahan jenayah yang lain lagi," katanya.
Topic Berkaitan
#bocor
#integriti
#peperiksaan
#SOP
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan