JOHOR BAHRU: Polis mengambil keterangan seorang pengutip sampah selepas video tular lelaki itu membuang sampah ke dalam sungai di percayai di Sungai Wak Rabun, Pontian tular sejak tengah hari, semalam.
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Bandar Pontian, kira-kira jam 7 malam semalam, selepas lima jam usaha mencarinya dijalankan.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki warga tempatan itu negatif dadah namun mempunyai banyak rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah
"Kita cuba mengesan suspek selama lima jam termasuk di rumahnya tetapi tiada dan kita kemudian berjaya menghubungi dan menemuinya di kawasan bandar Pontian.
"Apabila berjaya ditemui dan ditahan, kita bawa suspek ke balai polis dan menjalankan pemeriksaan serta siasatan.
"Suspek yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan itu diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membuang sampah dari kenderaan.
"Perbuatan itu (membuang sampah dari kenderaan) adalah satu kesalahan dan boleh dihukum saman atau dikompaun sehingga RM2,000,"katanya.
BACA: Menteri kecam tindakan lelaki buang sampah dalam sungai
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Semalam, tular satu video memaparkan seorang pemandu lori satu tan memberhentikan kenderaan berat itu sebelum memikul sampah daripada kenderaan dan membuangnya dari atas jambatan di Pontian.
Tindakannya itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Kamarul Zaman berkata, Onn Hafiz kemudian menghubungi beliau dan meminta pihak polis membantu mengambil tindakan.
"Saya kemudian mengarahkan Ketua Polis Daerah Pontian untuk mengambil tindakan mengesan suspek.
"Suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang dan tempat pembuangan sampah dan sampah dikutip sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah.
"Kita sudah tahan suspek dan nasihatkannya, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Mungkin sebelum ini dia buat, orang tidak nampak," katanya.
Jelas Kamarul Zaman, polis turut bekerjasama dengan pihak pentadbir sungai di Johor iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang turut menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang mereka.
"SWCorp juga akan siasat, kita sudah bincang dengan mereka, SWCorp juga akan amik tindakan dan untuk mereka, boleh kompaun sehingga maksimum RM10,000,"katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Sep 30 2022
Siasatan lanjut mendapati elaki warga tempatan itu negatif dadah namun mempunyai banyak rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Denda, penjara lebih lama untuk kesalahan buang sampah dalam sungai - Menteri
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang meneliti untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang ke atas mana-mana individu yang membuang sampah di sungai.
Polis ambil keterangan lelaki buang sampah dalam sungai
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Bandar Pontian, kira-kira jam 7 malam semalam, selepas lima jam usaha mencarinya dijalankan.