awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri kecam tindakan lelaki buang sampah dalam sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
29/09/2022
21:45 MYT
Menteri kecam tindakan lelaki buang sampah dalam sungai
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan sudah meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar segera menyiasat kejadian berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: 'Tindakan melampau', itu reaksi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung video tular seorang lelaki membuang bungkusan sampah ke dalam sungai dipercayai di Sungai Wak Rabun, Pontian.
Menerusi catatan di Facebooknya pada malam Khamis, beliau memaklumkan sudah meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar segera menyiasat kejadian berkenaan.
“Sejak pagi tadi, saya telah di'tagged' oleh beberapa rakan netizen mengenai tindakan melampau individu yang membuang sisa buangan ke dalam sungai atau saliran,” katanya.
Video berdurasi 40 saat yang dipercayai berlaku di Pontian, Johor mendapat kecaman kerana tindakan selamba lelaki berkenaan yang memberhentikan lorinya di atas jambatan sebelum membuang bungkusan sampah ke dalam sungai.
Video yang dimuat naik di laman sosial itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buang sampah
#Sungai
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan