awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis beri penjelasan video viral pelajar terbabas ketika diminta berhenti

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/02/2020
07:46 MYT
Polis beri penjelasan video viral pelajar terbabas ketika diminta berhenti
Kejadian berkenaan berjaya dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya melalui -dash-cam- dan tersebar di media sosial sejak semalam. - Foto ihsan orang ramai
Susulan video viral insiden seorang pelajar yang melarikan diri sebelum terbabas ketika diminta berhenti oleh anggota trafik di Jalan Pasir Mas-Bunut Susu, pada 13 Febuari lepas.
Polis hari ini memberikan penjelasan pihaknya tidak menahan, sebaliknya hanya mengeluarkan saman ke atas seorang pelajar terbabit.
Bahkan pelajar yang berusia 16 tahun itu turut dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar kerana kecederaan yang dialami tidak parah.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, SAC Abdullah Mat Piah, berkata lima saman dikeluarkan ke atas pelajar berkenaan termasuk pemilik motosikal itu.
“Semasa anggota trafik membuat rondaan, tiba-tiba sebuah motosikal melarikan diri dan terlanggar lopak dan terjatuh. Polis bawa ke balai dan kenakan lima saman.
“Tiada lesen, tidak pakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tuan punya motor pun kita saman, motor kita tahan di balai,” kata Abdullah.
Kejadian berkenaan berjaya dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya melalui “dash-cam” dan tersebar di media sosial sejak semalam.
Video berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan tindakan pelajar berkenaan tidak memberhentikan motosikal ketika diminta oleh anggota trafik untuk berhenti.
Abdullah pada masa sama turut menasihati pengguna jalan raya terutama remaja supaya menurut arahan walaupun mereka melakukan kesalahan lalulintas kerana tindakan melarikan diri apabila diarahkan berhenti akan mengundang pelbagai bahaya.
Topic Berkaitan
#Abdullah Mat Piah
#langgar lopak
#media sosial
#pelajar
#saman
#sekatan polis
#Timbalan Ketua Polis Kelantan
#video
#video viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan