awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/09/2022
15:41 MYT
Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin
Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM86,390 dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth pada Jumaat. - Foto ihsan polis
BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM86,390 dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth pada Jumaat.
Dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 6.3 kilogram (kg) dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Radzi Ahmad berkata, sebanyak 14 bungkusan heroin seberat 6.3 kg bernilai RM84,000 dirampas bersama dua bungkusan disyaki ganja seberat 47.8 gram dengan anggaran nilai RM2,390.
Mohd Radzi berkata, aktiviti pengedaran dadah ini dipercayai telah bergiat aktif sejak Jun lalu untuk pasaran tempatan.
“Jumlah dadah berkenaan boleh digunakan oleh kira-kira 31,500 orang penagih.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis THC dan ketamin.
“Semakan juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Radzi berkata, selain dadah polis turut menyita sebuah kereta dan motosikal serta barang kemas yang bernilai RM49,750.
Kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 8 September depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#heroin
#Sungai Dua
#Butterworth
#IPK Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan