Polis menahan dua lelaki semalam kerana disyaki terlibat dalam kes kematian seorang pekerja wanita di sebuah spa di Tanjung Aru, 9 Oktober lalu.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu M. Chandra berkata suspek pertama berumur lingkungan 28 tahun diberkas kira-kira pukul 2.30 petang di sekitar Kota Kinabalu, manakala suspek kedua berumur 25 tahun pula ditahan kira-kira 11.30 malam tadi di Kota Marudu.
Menurut Chandra, kedua-dua suspek ditahan selepas polis mengklasifikasikan semula kes kematian wanita itu daripada mati mengejut kepada kes pembunuhan ekoran laporan bedah siasat yang dikenal pasti mempunyai kecederaan pada bahagian hidung dan mulut mangsa.
"Mengikut penelitian bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan tulang hidung (patah) serta sebatang gigi kelihatan tercabut di bahagian atas yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul.
"Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat dicekik dan dipercayai mempunyai unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa, Norfazlina Abantas, 19, ditemukan mati dalam keadaan tersungkur di dalam sebuah bilik di spa berkenaan pada 9 Okt kira-kira pukul 11.30 pagi dengan kecederaan yang dialami dipercayai akibat hentakan benda tumpul.
Chandra berkata motif pembunuhan itu disebabkan perasaan cemburu.
Kedua-dua suspek dipercayai positif dadah dan mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
Bernama
Tue Oct 11 2016
Suspek pertama diberkas di sekitar Kota Kinabalu, manakala suspek kedua ditahan di Kota Marudu. - Gambar hiasan
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa.
Lyon bantu PSG sahkan gelaran Ligue 1
Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Lyon mengatasi Monaco 3-2.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Principal Malaysia: Where you diversify your investment
Considering planting the seeds for your financial future? At Principal Malaysia, we'll help you water, fertilize, and harvest your investments for a potentially fruitful future. Just like a seed needs the right environment to flourish, we offer a variety of investment solutions tailored to your risk tolerance and goals. We're here to help you grow your financial potential! #InvestingMadeEasy #PrincipalMY #PrincipalMalaysia
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
Model tikam teman lelaki hingga mati, punca dipercayai cemburu
Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.
Warga emas dituduh bunuh abang, kakak ipar guna sabit sawit
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.
Enam warga Sri Lanka termasuk ibu, empat anak mati ditikam di Ottawa
Kejadian ini menggemarkan penduduk kerana pembunuhan secara beramai-ramai jarang berlaku di Kanada.
Bunuh dua lelaki Indonesia: Warga Filipina dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang penganggur lelaki warga Filipina kerana membunuh dua lelaki Indonesia di Semporna, dua tahun lepas.
Bekas suami ditahan berhubung kes bunuh wanita 24 tahun
Polis menahan dua lelaki berhubung kes bunuh seorang wanita yang merupakan pembantu kedai berusia 24 tahun di Sibu Jaya di sini semalam.