KAJANG: Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan secara serentak di sekitar Lembah Klang Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 13 ahli sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta.
Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada warga tempatan termasuk lima wanita berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun.
"Dua dalang utama sindiket ini merupakan seorang lelaki yang menjadi koordinator kepada sistem pengedaran dan pemprosesan dadah, manakala isterinya menguruskan segala sewaan rumah dan kenderaan.
"Sindiket ini menjadi sumber kepada pengedar dadah lain di sekitar Lembah Klang dan mereka mengedar kepada yang dikenali sahaja dengan menggunakan perkhidmatan kurier," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Khaw berkata dalam tangkapan pertama, JSJN memeriksa bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun dan menjumpai heroin seberat 2.441 kilogram (kg) di Jalan Cheras - Kajang Expressway.
Beliau berkata pemeriksaan kedua dijalankan di sebuah rumah teres di Semenyih, Selangor dan polis menjumpai 16 bungkusan plastik berisi dadah jenis heroin seberat 7.31 kg.
"Turut dirampas satu plastik lutsinar berisi bahan kimia mengandungi dadah seberat 4.583 kg, lapan botol kaca bahan kimia mengandungi dadah seberat 13.64 kg serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah.
"Pemeriksaan susulan dilaksanakan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur dan menjumpai pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat 26.25 kg, heroin seberat 55.33 kg dan 4.208 kg ganja," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lepas hingga 3 Mei ini.
Beliau berkata pihak JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket itu yang dipercayai masih bebas dan orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN 012-2087222.
"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, pihak kami menyita pelbagai aset sindiket dengan anggaran RM1.08 juta terdiri daripada sembilan kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM213,000 dan 26 barangan kemas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin (empat, kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. - Foto Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.