KUALA LUMPUR: Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi Sabtu berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara jalan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamuddin.
"Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi.
"Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sarifudin berkata orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021
Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi Sabtu. -Gambar fail
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
PLUS aktifkan lencongan di persimpangan bertingkat Juru (Arah Utara)
PLUS mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) kepada semua kenderaan.
Perhimpunan di ibu negara: Enam jalan utama dilencongkan - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata lencongan tersebut akan bermula pada pukul 7 pagi esok.
Polis buat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu kota
Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi Sabtu.
Prolintas tawar diskaun tol 10 peratus sempena PRU14
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata lebuh raya berkenaan ialah AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK (SILK).