HIBURAN
Suami Yusni Hamid meninggal dunia

Penyanyi berusia 74 tahun itu memaklumkan meskipun sedih namun reda dengan pemergian arwah suami. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi veteran, Datuk Yusni Hamid, Abu Hamid Abd Shukor, 77, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Suami Datuk Yusni Hamid, Abu Hamid Abd Shukor, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada awal pagi akibat jangkitan inflamasi pada tisu otak, selepas dirawat selama 20 hari.
- Yusni reda dengan pemergian suami tercinta. Arwah juga merupakan pengurus kerjaya nyanyian Yusni dan mengalami komplikasi kesihatan seperti buah pinggang, gout dan kolesterol.
- Jenazah dikebumikan selepas Zohor di Ukay Perdana, Hulu Klang selepas disolatkan di Masjid Ukay Perdana.
"Kesihatan suami merosot selepas Hari Raya Aidilfitri. Saya reda, dia sudah lama sakit," katanya tenang.
Allahyarham Abu Hamid yang juga merangkap pengurus dalam karier nyanyian Yusni, mengalami pelbagai komplikasi penyakit, antaranya buah pinggang, gout dan kolestrol sebelum ini.
Anak kedua Allahyarham Abu Hamid, iaitu Edlynna Hanie memberitahu bapanya meninggal dunia sebelum subuh.
"Keadaan ayah kurang baik semalam, doktor lakukan imbasan pada otaknya. Namun, belum sempat keputusan keluar, ayah sudah meninggal dunia
"Sekitar jam 5 pagi, kakitangan hospital hubungi mama dan abang memaklumkan ayah sudah tiada. Waktu itu kami baru balik dari hospital untuk berehat sebentar," katanya.
Jenazah Allahyarham Abu Hamid dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang selepas dikapan dan disolat di Masjid Ukay Perdana.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami