Satu kertas siasatan dibuka IPD Putrajaya selepas menerima dua laporan mengenai kekecohan di Seri Perdana pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kedua-dua laporan dibuat pihak polis dan orang awam yang tidak berpuas hati dengan insiden yang mula tular di media sosial sejak semalam.
Katanya, laporan polis itu diterima di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan laporan daripada pihak polis sendiri siang tadi.
"Sekarang polis sedang jalankan siasatan dan saya harap mereka sabarlah menunggu keputusan. Tak perlulah mereka buat komen pelbagai yang akan menjadikan suasana yang lebih tak harmoni dan sebagainya.
"Untuk orang awam, tak perlu viral lagilah. Beri peluang polis buat siasatan segera," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000.
Berlaku kekecohan pada sesi Dialog TN50 malam tadi di antara penggiat seni dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan insiden tampar membabitkan penerbit filem Datuk David Teo dan pelawak veteran Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over.
Insiden bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Rosyam Noor selaku moderator yang tidak memandang ke arah tempat duduk belakang, sebaliknya hanya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.
Berlaku perang mulut di antara David dan Rosyam sebelum Sulaiman bertindak meluru ke pentas dan menampar David yang disifatkannya 'kurang ajar' di depan perdana menteri.
Astro Awani
Thu May 18 2017
Satu kertas siasatan dibuka IPD Putrajaya selepas menerima dua laporan mengenai kekecohan di Seri Perdana pada Rabu. -Gambar fail
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Polis buka kertas siasatan berhubung 'insiden tampar' di Seri Perdana
Kedua-dua laporan dibuat pihak polis dan orang awam yang tidak berpuas hati dengan insiden yang mula tular di media sosial sejak semalam.