awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan insiden tampar bukan Muslim makan ketika Ramadan

Bernama
Bernama
17/03/2025
06:40 MYT
Polis buka kertas siasatan insiden tampar bukan Muslim makan ketika Ramadan
Insiden itu juga tular dalam media sosial semalam menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat. - Gambar tular
JOHOR BAHRU: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki bukan Muslim diherdik dan ditampar seorang individu semasa makan ketika Ramadan di kedai serbaneka di pusat beli-belah di sini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki bukan Muslim ditampar dua kali oleh individu tidak dikenali semasa makan di kedai serbaneka ketika Ramadan. Kejadian ini berlaku selepas lelaki tersebut enggan menunjukkan MyKadnya.
  • Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
  • Menteri Perpaduan Negara menyifatkan insiden ini sebagai tindakan provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara berbilang kaum.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada 9.08 malam semalam.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 3.45 petang semalam. Dalam insiden itu, pengadu mendakwa dirinya telah ditampar sebanyak dua kali pada pipi sebelah kanan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
"Kejadian dipercayai berpunca apabila lelaki tersebut bertanya tentang agama pengadu dan meminta MyKadnya namun pengadu enggan memberikan kad tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Balveer Singh turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.
Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dilapor berkata insiden itu disifatkan sebagai tindakan provokasi selain tidak mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian negara berbilang kaum.
Aaron dipetik berkata tindakan itu harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.
Insiden itu juga tular dalam media sosial semalam menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#tampar bukan Muslim
#Ramadan
#Tular
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan