awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan terhadap pemilik Facebook 'Muhamad Harun'

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2025
03:20 MYT
Polis buka kertas siasatan terhadap pemilik Facebook 'Muhamad Harun'
Polis meminta 'Muhamad Harun' segera hadir IPD Bera atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
BERA: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook bernama 'Muhamad Harun' susulan satu hantaran berunsur fitnah terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan dijalankan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, siasatan dilakukan selepas pemilik akaun tersebut memuat naik satu hantaran di laman Facebook Bera Unite pada 29 Mac lalu mendakwa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak mengambil tindakan terhadap dua individu berbangsa Cina yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
"Dakwanya, pihak polis hanya menahan dua penunggang berbangsa Melayu sehingga mereka terpaksa menolak motosikal ke balai polis.
"Hantaran tersebut turut mempersoalkan sama ada undang-undang hanya dikenakan ke atas masyarakat Melayu serta mendakwa kejadian seumpama itu sering berlaku di Triang di sini," katanya.
Zulkiflee berkata, hantaran tersebut disifatkan sebagai usaha menjatuhkan imej PDRM khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemilik akaun 'Muhamad Harun' agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Zulhilmi Ishak, di talian 014-2250306 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Pada 30 Mac lalu, Zulkiflee telah mengeluarkan kenyataan meminta 'Muhamad Harun' segera hadir ke IPD Bera atau mana-mana balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat lebih lanjut bagi membantu siasatan berhubung hantaran itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhamad Harun
#PDRM
#Facebook
#Zulkiflee Nazir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan