awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru 11 lagi suspek kes pergaduhan di Bintulu

Bernama
Bernama
04/05/2025
01:40 MYT
Polis buru 11 lagi suspek kes pergaduhan di Bintulu
Polis giat memburu 11 lagi suspek yang masih bebas, dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan, di Bintulu, pada 27 April lepas.
BINTULU: Polis giat memburu 11 lagi suspek yang masih bebas, dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan, di sini, pada 27 April lepas.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Nixon Joshua Ali berkata, hingga semalam, sembilan individu terdiri lapan lelaki dan seorang wanita, berusia lingkungan 20-an hingga 40-an telah ditahan dan direman bagi membantu siasatan.
"Siasatan mendapati terdapat 11 suspek lain yang masih bebas dan dipercayai terlibat dalam insiden sama. Polis tidak akan berkompromi dan komited dalam mengesan kesemua suspek ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nixon mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi mengenai kes itu dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes ASP Mohammad Hashim Kasman di talian 014-6817837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di 086-318304.
Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, satu pergaduhan dilaporkan berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan, mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.
Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini, sebelum dibawa ke Hospital Umum Bintulu dan kemudian disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#pergaduhan di Bintulu
#11 suspek
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan