awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2025
15:40 MYT
Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang
Hussein menjelaskan siasatan mendapati tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri setelah bot APMM dilanggar dan dua suspek dipercayai cuba menyerang anggota APMM dengan parang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Malah, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.
"Polis percaya terdapat lebih lima orang dalam bot tersebut. Kita juga sudah kenal pasti dua lelaki Indonesia yang menghantar tiga daripada empat mangsa itu ke Hospital Serdang dan usaha mengesannya giat dilakukan.
Dalam kejadian pukul 3 pagi 24 Januari lalu, bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar empat kali oleh sebuah bot dipercayai milik suspek ketika menjalankan tugas rondaan perairan terbabit.
Sementara itu, Ketua Pengarah APMM, Mohd Rosli Abdullah mengatakan siasatan kes itu dijalankan PDRM dan pihaknya sedia memberi kerjasama penuh, manakala anggota yang terlibat "direhatkan” sehingga siasatan selesai.
Hussein menjelaskan siasatan mendapati tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri setelah bot APMM dilanggar dan dua suspek dipercayai cuba menyerang anggota APMM dengan parang.
Bot itu kemudiannya ditemukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Pulau Carey pada Jumaat lepas, apabila seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah sebelum dibawa ke sebuah hospital di Klang.
Seorang pegawai perubatan juga melaporkan tiga lelaki dengan kecederaan tembakan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Serdang pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#pati
#tembakan
#Tanjung Rhu
#Hussein Omar Khan
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan