awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras

Bernama
Bernama
22/02/2023
15:41 MYT
Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras
Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras. - Gambar hiasan/Twitter/@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook yang dikesan pihaknya pada kira-kira 7.30 malam itu mangsa kelihatan tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu beliau untuk membuka kunci kenderaan.
Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
Beliau berkata hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira 9 pagi yang melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.
"Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis buru suspek
#samun stesen minyak Cheras
#video tular
#Polis Daerah Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan