Polis memburu empat lagi suspek bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki, yang mayatnya ditemui di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini pada 21 Mei lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata setakat ini, polis menahan seramai 19 lelaki dan wanita berusia 17 hingga 28 tahun sejak hari kejadian bagi membantu siasatan.
Katanya siasatan awal mendapati kematian lelaki berkenaan dipercayai berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan 'Mat Rempit' dari Pantai Dalam serta Kampung Pandan dan Wangsa Maju pada pukul 4 pagi hari tersebut.
"Susulan salah faham berlaku pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu dan mangsa dipukul menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal ketika sedang menolak motosikal miliknya.
"Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dipukul menggunakan objek tumpul," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di sini, hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Pada 21 Mei lepas, Mazlan berkata polis menahan 17 remaja termasuk tiga perempuan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki yang dikaitkan dengan pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini.
Ujian saringan air kencing ke atas semua yang ditahan mendapati dua daripada mereka positif dadah, kata Mazlan
Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Patologi berhubung penemuan 53 pil dipercayai erimin 5 daripada pelakon wanita popular berusia 26 tahun pada 6 Mei lepas.
"Ini bagi melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut berhubung kes ini," katanya.
Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Kamal Khan Mohd Shariff akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah menggantikan SAC Abdul Ghani Mohamad Ji yang bertukar ke Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 28 2018
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata setakat ini, polis menahan seramai 19 lelaki dan wanita berusia 17 hingga 28 tahun sejak hari kejadian bagi membantu siasatan. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.