awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru empat tahanan positif COVID-19 lari dari pusat kuarantin

Bernama
Bernama
01/08/2021
02:22 MYT
Polis buru empat tahanan positif COVID-19 lari dari pusat kuarantin
Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di PKRC Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri awal pagi tadi. -Gambar hiasan
PENAMPANG: Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua tahanan terbabit melarikan diri pada pukul 3.30 pagi tadi.
Katanya warga Filipina terbabit ialah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.
"Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan pada 24 Julai lalu, selepas disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#empat tahanan
#polis buru
#pendatang asing
#warga filipina
#Mohd Rahman Basir
#Mohd Diyazmir Razif Rudyaz
#Salman Arip
#Arippian Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan