awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perak peruntuk lebih RM2.3 juta laksana pelbagai program pendidikan
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lima lagi suspek kes bunuh empat rakyat Myanmar

Bernama
Bernama
10/11/2016
23:30 MYT
Polis buru lima lagi suspek kes bunuh empat rakyat Myanmar
Polis berkata berdasarkan maklumat terbaharu, pihaknya yakin dapat menahan kelima-lima suspek berkenaan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Polis sedang memburu lima lagi suspek bagi membantu siasatan kes penemuan empat mayat warga Myanmar yang dibunuh sebelum dibuang dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok pada 30 Okt lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata berdasarkan maklumat terbaharu, pihaknya yakin dapat menahan kelima-lima suspek berkenaan dalam masa terdekat.
"Kami yakin dapat menyelesaikan kes itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Pada 3 Nov lepas, polis menahan empat warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan empat mayat itu.
Penduduk Kampung Tanjung Hilir digemparkan dengan penemuan mayat berkenaan yang dicampak ke dalam semak berhampiran jalan kampung itu.
Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mayat mereka ditemui. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Kampung Tanjung Hilir
#Myanmar
#polis
#Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan