awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru pemandu kereta langgar penunggang penghantar makanan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/09/2020
09:56 MYT
Polis buru pemandu kereta langgar penunggang penghantar makanan
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa, seorang warga tempatan yang berusia 23 tahun telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Polis sedang memburu pemandu kereta yang melanggar seorang penunggang sebuah syarikat penghantar makanan, pada Selasa lepas.
Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada jam 12.34 pagi di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Sungai Buloh.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa, seorang warga tempatan yang berusia 23 tahun telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut.
"Berdasarkan video yang tular di media sosial, kemalangan berpunca apabila kereta tersebut mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar belakang motosikal mangsa yang berada di lorong kiri.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh daripada motosikalnya manakala pemandu kereta itu telah meninggalkan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dan motosikal mangsa mengalami kerosakan.
"Polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Saidatul Asma Arrifin di talian 018-9765949 / 03-79662222," jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Jalan Lapangan Terbang Subang
#langgar penghantar makanan
#pemandu kereta
#Polis Daerah Petaling Jaya
#Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan