awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru pihak bertanggungjawab panah monyet, biawak

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/08/2020
22:37 MYT
Polis buru pihak bertanggungjawab panah monyet, biawak
Laporan polis diterima berhubung monyet yang dianiaya di mana busur panah tertusuk di bahagian pangkal ekornya dan biawak yang mati selepas dipanah. - Astro AWANI
Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes penganiayaan haiwan, dipercayai berlaku di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, laporan dibuat kakitangan Jabatan Landskap Negara yang mendakwa menerima video dan tangkap layar menerusi aplikasi WhatsApp pada petang Sabtu lalu.
Ia memaparkan keadaan monyet yang dianiaya di mana busur panah tertusuk di bahagian pangkal ekornya dan biawak yang mati selepas dipanah.
"Pengadu mengesyaki kejadian itu berlaku di Zon Arboretum, Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
"Dia juga memberitahu terdapat satu gambar lain yang memaparkan seekor biawak yang dianiaya dengan cara sama iaitu busur panah tertusuk di bahagian tengah badan biawak.
"Setakat ini lokasi kejadian berlaku tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Zairulnizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak kurang RM20,000 atau kedua-duanya.
Saksi yang mempunyai maklumat atau mengetahui mengenai pelaku kejadian ini boleh menghubungi polis di talian hotline 03-8888 2010 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Brickfields, 03-2297 9222.
Topic Berkaitan
#Akta Kebajikan Haiwan 2015
#aniaya binatang
#biawak
#Brickfields
#busur panah
#Jabatan Landskap Negara
#Kuala Lumpur
#laporan polis
#monyet
#panah
#polis
#siasatan
#Taman Persekutuan Bukit Kiara
#Taman Tun Dr Ismail
#video
#WhatsApp
#Zairulnizam Mohd Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan