awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru pihak menyamar jadi TMJ, minta bayaran untuk projek palsu

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
21/02/2023
14:30 MYT
Polis buru pihak menyamar jadi TMJ, minta bayaran untuk projek palsu
Pihak polis menerima laporan berkenaan perkara itu, yang dibuat Media Istana Johor, sekitar jam 2.35 petang, pada Selasa.
JOHOR BAHRU: Polis sedang giat menyiasat dan mengesan pihak yang menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di media sosial bagi tujuan memperdaya mangsa terhadap aktiviti perniagaan palsu
Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu, yang dibuat Media Istana Johor, sekitar jam 2.35 petang, pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap satu tangkap layar yang menunjukkan perbualan di ruangan 'direct message' Instagram menggunakan nama akaun Tunku Ismail, 'hrhcrownprinceofjohor'.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibuat bagi tujuan untuk menipu mangsa dalam meminta bayaran untuk urusan perniagaan.
"Siasatan awal mendapati suspek telah menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor dengan cara melakukan pengubahsuaian pada tangkap layar yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mangsa.
"Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengubah dan menggunakan gambar profil serta akaun Instagram Tunku Mahkota Johor agar mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Duli Yang Amat Mulia Tunku.
"Setakat ini, dipercayai mesej berkenaan telah diedarkan kepada lapan buah syarikat dan ada di antara syarikat berkenaan telah terpedaya dan memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diarahkan suspek untuk mendapatkan projek yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana melakukan penyamaran dan Seksyen 420 kanun sama atas kesalahan menipu.
Kumar, dalam masa sama, turut menggesa mana-mana pihak yang menjadi mangsa untuk melaporkan kepada pihak polis supaya siasatan secara menyeluruh dapat dijalankan.
Di samping itu, polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan hendaklah membuat semakan terlebih dahulu mengenai maklumat di media sosial sebelum menjalankan sebarang urusan.
Topic Berkaitan
#menyamar Tunku Mahkota Johor
#TMJ
#polis johor
#HRHCROWNPRINCEOFJOHOR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan