awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru seorang lagi suspek kes bunuh Bill Kayong

Anthea Yap
Anthea Yap
14/12/2016
08:10 MYT
Polis buru seorang lagi suspek kes bunuh Bill Kayong
Polis sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai ada kaitan dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong. -Gambar fail
Polis sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai ada kaitan dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi Astro AWANI berkata individu berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Koong Sia Ming atau Batu Ming merupakan salah seorang daripada dua suspek yang diburu selain suspek utama bergelar Datuk.
Mengulas sama ada suspek kemungkinan berada di luar negara, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek.
BACA: Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
Terdahulu, tiga individu telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Miri iaitu pengawal kelab malam Mohamad Fitri Pauzi, 29; pemilik pub Lie Chang Loong, 39; dan pembantu peribadi 'Datuk' berkenaan Chin Wui Chung, 50.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah apabila didakwa di mahkamah pada 25 Nov lepas dan perbicaraan akan dijalankan bulan depan.
Mohamad Fitri yang didakwa atas pembunuhan Bill Kayong bakal berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Manakala, Lie pula didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri, bersama-sama Chin mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Ah Kiang
#Bill Kayong
#Chin Wui Chung
#Dev Kumar
#Koh Sia Ming
#Lie Chang Loong
#Mohamad Fitri Pauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan