Polis buru suspek diupah along lakukan khianat guna api

Polis giat memburu suspek yang melakukan khianat dengan api di sebuah rumah di Taman Universiti pada awal pagi Sabtu lalu. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis giat memburu suspek yang dipercayai diupah sindiket ceti haram atau along dari Singapura, yang menaiki motosikal dan melakukan khianat dengan api di sebuah rumah di Taman Universiti, di sini, pada awal pagi Sabtu lalu.
Ringkasan AI
- Polis Johor Bahru Utara sedang giat memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan api di sebuah rumah di Taman Universiti, yang didakwa diupah oleh sindiket ceti haram dari Singapura.
- Kejadian kebakaran berlaku pada awal pagi Sabtu lalu dan melibatkan motosikal yang dinaiki dua lelaki, yang turut meninggalkan nota menuntut bayaran pinjaman yang sebenarnya sudah dibatalkan.
- Pihak polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, di mana individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda. Masyarakat yang mempunyai maklumat diminta bekerjasama dengan polis untuk membantu siasatan.
“Lelaki itu turut memaklumkan menemui serpihan kaca di lantai yang terbakar, termasuk satu nota yang dipercayai dilemparkan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Azrol Anuar berkata, lelaki itu melaporkan perbuatan tersebut dilakukan bagi menuntut anaknya membayar pinjaman sedangkan pinjaman itu sudah dibatalkan, namun suspek masih meminta bayaran.
Katanya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berhenti di hadapan rumah sebelum melakukan perbuatan itu.
“Mereka turut menampal notis pada tiang pagar yang mencatat nama anak lelaki mangsa dan memberikan amaran supaya menjelaskan wang dengan segera.
“Mangsa juga telah menghubungi anaknya yang bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura, untuk bertanyakan sama ada benar meminjam wang daripada along.”
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api atau bahan letupan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 14 tahun serta dikenakan denda.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes jenayah tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan,” katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh polis berikutan kejadian khianat dengan api di Taman Universiti? A: Polis sedang giat memburu suspek yang dipercayai diupah oleh sindiket ceti haram dari Singapura yang melakukan kejadian tersebut.
- Q: Apa yang menjadi punca suspek melakukan khianat dengan api di rumah di Taman Universiti? A: Suspek didakwa melakukan perbuatan tersebut bagi menuntut bayaran pinjaman yang dipercayai telah dibatalkan oleh mangsa.
- Q: Apakah kesan yang mungkin dialami oleh mangsa akibat kejadian tersebut? A: Mangsa kemungkinan mengalami tekanan emosi dan ketakutan akibat insiden khianat dengan api di rumahnya.
- Q: Berapakah hukuman yang boleh dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan khianat dengan api seperti dalam kejadian ini? A: Individu yang terbabit boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
- Q: Bagaimanakah orang awam boleh membantu dalam siasatan kejadian khianat dengan api di Taman Universiti? A: Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

