TUMPAT: Polis sedang mengesan suspek dan kereta Honda yang terlibat dalam kejadian tembak melibatkan seorang lelaki maut di Jalan Hutan Kuin, Machang, Ahad lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek belum dikenal pasti berikutan tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian.
"Kes ini masih lagi dalam siasatan dan kita masih mengesan, dipercayai lima orang, terlibat dalam kejadian ini berdasarkan maklumat yang diterima.
"Kenderaan itu kita masih tidak dapat nombor pendaftaran kerana tidak ada kamera litar tertutup di lokasi kejadian, bagaimanapun, pihak polis terus melakukan siasatan dan akan maklumkan perkembangan terkini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor, di sini hari ini, yang turut disertai Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Dalam kejadian lebih kurang 5.45 petang Ahad lepas, seorang peniaga berusia 38 tahun maut ditembak ketika berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Jalan Hutan Kuin, Machang.
Berdasarkan maklumat awal, dua suspek lelaki yang menaiki kereta Honda berwarna putih, telah melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah tingkap pemandu sehingga menyebabkan mangsa yang berada di kerusi pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek belum dikenal pasti berikutan tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian. - Gambar fail/BERNAMA
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Lelaki mengamuk tak dapat keluar duit di ATM
Polis melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang berang dan bertindak agresif ekoran tidak berjaya mengeluarkan wangnya dari mesin Atm.