awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2022
04:03 MYT
Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka
Dalam kejadian pada jam 7.20 malam, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di premis tersebut telah didatangi suspek yang bersenjatakan parang. -Gambar hiasan
KAJANG: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 malam, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di premis tersebut telah didatangi suspek yang bersenjatakan parang.
Menurutnya, suspek memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning telah memaksa mangsa membuka kaunter dan menyerahkan wang tunai.
"Suspek berang apabila mangsa berusia 21 tahun itu cuba menipu dengan memberi alasan tiada kunci kaunter.
"Suspek telah menengking mangsa serta memaksanya menyerahkan telefon bimbit, wanita itu kemudian melarikan diri ke dalam stor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek hanya melarikan beberapa kotak rokok sahaja.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Semenyih
#samun
#Kedai Serbaneka
#Taman Semenyih Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan