awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek larikan barangan kemas RM1.08 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2023
23:30 MYT
Polis buru suspek larikan barangan kemas RM1.08 juta
Mohd Hafiz berkata suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan cara memotong besi tingkap nako di bahagian tandas sebelum memecahkan pintu besi seterusnya memasuki bilik kebal. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Polis giat mengesan beberapa suspek lelaki yang memecah masuk dan melarikan barangan kemas bernilai RM1.08 juta dari sebuah kedai emas di Taman Margosa Maju, Bahau di sini pada pagi Khamis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang masih belum dikenal pasti memakai pelitup muka, topi dan bersarung tangan.
"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik kedai pada jam 9.41 pagi yang memaklumkan premisnya dipecah masuk dan barang kemas yang disimpan dalam peti besi hilang.
"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan cara memotong besi tingkap nako di bahagian tandas sebelum memecahkan pintu besi seterusnya memasuki bilik kebal," katanya dalam kenyataan kepada media pada Khamis.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian lebih kurang RM1.08 juta membabitkan kehilangan pelbagai barangan kemas.
Ujarnya, polis telah merampas beberapa peralatan untuk memecah masuk dan memotong besi serta pintu di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan di balai polis berhampiran.
"Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Raj Kumar melalui nombor telefon Ibu Pejabat Polis daerah Jempol (IPD) 06-4582222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Hafiz Muhammad Nor
#barangan kemas
#suspek
#kedai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan