Skip to main content

Malaysia

Polis buru suspek serangan bahan letupan di dua kedai serbaneka

KUCHING, 1 Sept - Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad Zainal berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUCHING: Polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek insiden khianat dengan api serta objek disyaki bahan letupan mercun di kedai serbaneka di Kuching dan Sri Aman, semalam.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang juga Pesuruhjaya Polis Sarawak berkata pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati dua kejadian itu mempunyai modus operandi hampir sama apabila dua suspek lelaki bertopeng dan berpakaian gelap memasuki premis sebelum membaling objek dipercayai mengandungi bahan letupan atau bahan mudah terbakar ke dalam kedai.

“Tindakan itu menyebabkan letupan, kerosakan harta benda dan kebakaran di satu lokasi kejadian. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan termasuk menganalisis bahan digunakan, meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengesan sebarang kaitan antara dua kejadian itu.

“Berkaitan dakwaan kedai serbaneka itu menjual tambah nilai judi dalam talian juga akan disiasat dan diambil tindakan termasuk memohon pihak berkuasa tempatan membatalkan lesen perniagaan,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement