awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernilai RM390,000

Bernama
Bernama
09/05/2025
14:04 MYT
Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernilai RM390,000
Polis memburu tiga lelaki yang melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM390,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah. - Foto Sinar Harian
IPOH: Polis memburu tiga lelaki yang melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM390,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Menglembu di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 1.25 tengah hari dan suspek dipercayai bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol serta sebilah parang.
"Suspek yang bertopeng melarikan rantai leher dan subang dari kedai itu dengan menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih," menurutnya dalam satu kenyataan.
Abang Zainal Abidin berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat ASP Fadli Ahmad di 019-2500 019 atau ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Kejadian rompakan itu tular di media sosial menerusi sebuah video memaparkan dua individu bertopeng mengambil barang kemas yang dipamerkan di kedai emas tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis buru
#rompak kedai emas
#Menglembu
#Polis Daerah Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan